Garena telah mengumumkan yang Free Fire iaitu permainan pertempuran royale mereka bakal menerima acara kolaborasi bersama dengan Money Heist iaitu satu siri popular di Netflix.

Acara tersebut akan berlangsung pada bulan September ini, mungkin musim baharu akan tiba?

Melaluinya ia akan menyertakan satu mod masa terhad iaitu 4 lawan 4 di mana pemain perlu berebut untuk mengutip wang, mengingatkan kami kepada mod Plunder di dalam Warzone. Selain itu pemain juga perlu mengaktifkan pencetak wang. Pasukan yang terlebih dahulu mendapat sejumlah wang akan menang.

Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan kostum yang dipakai oleh watak di dalam siri tersebut.

Garena Free Fire adalah permainan percuma dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Sohor Kini