Cuphead Untuk PlayStation 4 Tiba Hari Ini

Kemaskini: Cuphead kini dilancarkan secara rasmi buat pasaran Malaysia. Berharga RM92 dan anda boleh belinya di sini.

Artikel Asal: Studio MDHR hari ini mengumumkan permainan ‘gerak dan tembak’ Cuphead mereka akhirnya dikeluarkan untuk PlayStation 4 bermula pada hari ini. Namun, semasa penulisan ini, ia masih tidak lagi disenaraikan di PlayStation Store.

Cuphead sudah dikeluarkan untuk PC dan Xbox One pada tahun 2017, sebelum turut dikeluarkan untuk Switch setahun kemudian. Dengan dikeluarkan untuk PS4, ia akhirnya tiba untuk semua platform.

Permainan ini menerima ulasan yang sangat positif terutama disebabkan arahan seni dan juga kesukaran permainan yang sangat mencabar. Kami akan kemaskini apabila ia disenarikan kelak, tetapi buat masa ini anda boleh tonton video pengumuman yang menggunakan gaya animasi henti-gerak di bawah.

Sohor Kini