CrossCode baru sahaja dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch pada 9 Julai lepas dan melalui temubual bersama Dual Screens, Felix Klein dari Radical Fish Games mengatakan pemain yang bermain permainan tersebut di Xbox One melebihi jumlah campuran pemain di PS4 dan juga Switch.

Tambah beliau lagi, ia adalah disebabkan CrossCode ditawarkan sebagai sebahagian daripada Xbox Game Pass yang menggalak pemain yang melanggan untuk mencuba permainan tersebut. Manakala untuk Xbox Game Pass for PC pula, ia tidak membawa kepada perkara yang sama walaupun ia juga ditawarkan.

CrossCode sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini