Skip to main content

Sekitar seminggu lalu, kami laporkan yag filem baru Christopher Nolan tertunda lagi dan tiada tarikh tayangan – tetapi akan ditayangkan di luar pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu. Tenet adalah filem yang ramai nantikan, kerana ia unik, bermain dengan masa tetapi bukan merentas masa dan padat dengan aksi.

Nampaknya Malaysia menjadi salah satu negara yang bertuah, kerama Tenet disahkan akan ditayangkan di Malaysia pada 27 Ogos ini. Berita ini dilihat telah tersebar ke laman web dan banyak panggung wayang turut gembira dengan berita ini. Berdasarkan reaksi ornag ramai di Internet, ramai yang gembira dna tidak sabar dan mungkin filem ini akan menjadi folem Blockbuster. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply