Skip to main content

Pocket merupakan konsol ciptaan Analogue yang boleh digunakan bersama dengan kartrij asal untuk Game Boy, Game Boy Color dan Game Boy Advance. Selain itu, ia juga menyokong penyesuai kartrij untuk sistem lain seperti Game Gear, Neo Geo Pocket Color, Atari Lynx dan pelbagai lagi. Menariknya, ia akan berfungsi secara terus tanpa memerlukan pelagak.

Sebelum ini, konsol ini diumumkan akan tiba pada tahun 2020, namun hari ini Analogue mengumumkan yang jangkaan baharu untuk konsol tersebut dikeluarkan adalah pada Mei 2021. Mereka juga membuka pra-tempah untuknya bermula pada 3 Ogos ini.

Seperti diperlihatkan sebelum ini, ia akan hadir dalam dua warna iaitu hitam serta putih dengan harga jualan $199 (~RM846). Selain itu terdapat juga pelbagai aksesori tambah seperti dermaga untuk memainkan konsol tersebut di TV ataupun monitor yang dijual dengan harga $99.99 (RM425.21).

[info]Analogue: Pocket[/info]

Leave a Reply