Netflix Menempah 4 Lagi Musim Untuk The Dragon Prince

The Dragon Prince musim ke-3 sudah dilancarkan pada November tahun lepas, bagi peminat yang ternanti-nanti jika ia akan menerima musim ke-4, pencipta bersama Aaron Ehasz mempunyai berita baik.

Ketika panel [email protected], beliau mengumumkan yang Netflix telah menempah 4 musim lagi untuk siri tersebut di mana ia adalah seperti perancangan awal Wonderstorm untuk menamatkan siri The Dragon Price di “Book 7”.

Buat masa ini, musim ke-4 masih tidak menerima tarikh tayangan, akan tetapi mengikut sebelum ini, ia berkemungkinan besar akan tiba pada tahun ini.

Sohor Kini