Sejak orang ramai mula tular menginginkan suntingan Snyder Snyder bagi filem Justice League, ia sebenarnya mendapat perhatian Warner Bros. Tetapi peminat bukan sahaja inginkan suntingan Snyder ini – tetapi juga ingin lihat Superman lakonan Henry Cavill memakai sut berwarna hitam. Nampaknya, hasrat peminat ini ditunaikan selepas klip pendek tiba di arena web memperlihatkan Henry Cavill memakai sut berwarna hitam ini.
Klip ini adalah klip yang sama dengan filem Justice League yang sebelum ini, yang mana Superman/Clark Kent terbang ke lokasi Batman/Bruce Wayne untuk bertemu dengan Alfred lakonan Jeremy Iros. Cuma klip untuk suntingan Snyder ini adalah dari sudut yang sedikit berbeza dan Superman memakai sut hitam. Terdapat laporan yang menyatakan filem Justice League suntingan Snyder akan memperlihatkan Superman lebih banyak memainkan peranan utama.
Walau bagaimanapun, sut hitam ini adalah digital semata-mata dan mereka hanya menggunakan klip lama sahaja. Penggunaan sut hitam adalah idea asal Snyder, tetapi atas isu keluarga – apabila Jos Whedon mengambil alih mereka kekalkan sut berwarna biru merah yang ramai kenal. Laporan turut menyatakan yang Snyder kerap bertengkar mengenai penggunaan sut hitam, tetapi pasukan lain katakan ianya sukar dan pelbagai alasan lain.