Pada tahun lepas, kami telah melaporkan yang Activision dan Treyarch mungkin akan mengeluarkan permainan seterusnya untuk Call of Duty Black Ops pada tahun ini, kemungkinan besar pada Oktober ini iaitu lebih kurang 2 tahun selepas Call of Duty Black Ops 4.
Melalui pengiklanan oleh Doritos iaitu pengeluar makanan ringan, kita mungkin sudah mengentahui judul untuk permainan tersebut iaitu Call of Duty Black Ops – Cold War. Ia mungkin merujuk kepada perang dingin di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat.
Dengan menggunakan nama perang, berbanding sekadar nombor sahaja sebelum ini, kita juga mungkin akan mendapat kempen di dalam permainan ini, sesuatu yang tidak disertakan di dalam Call of Duty Black Ops 4.
Permainan terakhir untuk siri Call of Duty adalah Modern Warfare yang anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.