Legion M adalah sebuah syarikat produksi filem yang namanya pasti kurang dikenali orang ramai. Ini mungkin penglibatan mereka dalam industri filem tidak sehebat syarikat lain dan dalam IMDB pun hanya ada 17 filem sahaja disenaraikan. Daripada 17, hanya dua sahaja yang saya kenal – itu pun bukan filem yang menarik. Tetapi perkara ini mungkin akan berubah melalui filem adiwira ganas dari dimensi lain yang bakal tiba tahun hadapan – Archenemy.

Archenemy adalah filem lakonan Joe Manganiello, yang mana anda mungkin akan kenali beliau melalui filem Justice League sebagai Slade Wilson/Deathstroke, Big Dick Richie dalam filem Magic Mike atau juga sebagai Flash Thompson dalam filem Spider-Man 1 dan 3. Untuk filem Archenemy, beliau memainkan watak Max Fist yang mana mendakwa adalah adiwira dari dimensi lain yang apabila tiba ke bumi kuasa beliau telah hilang. Tiada sesiapa percaya akan kata-kata beliau, kecuali dua orang remaja (adik-beradik). Pasangan adik-beradik ini kemudiannya menjadikan Max sebagai adiwira di bandar yang menumpaskan kumpulan pengedar dadah tempatan dan Max memperlihatkan kuasa beliau dan aksi ganas.

Filem ini hanya akan ditayangkan pada tahun 2021, filem ini turut membawakan pelakon seperti Skylan Brooks (The Darkest Minds) sebagai Hamster, Zolee Griggs (Adam Ruins Everything) sebagai Indigo, Glenn Howerton (It’s Always Sunny in Philadelphia) sebagai The Manager, dan Amy Seimetz (You’re Next) sebagai Cleo. Ia diterbitkan oleh Joe Manganiello sendiri bersama-sama dengan adiknya Nick Manganiello, Elijah Wood, Kim Sherman, dan Lisa Whalen. Skrip filem ini ditulis oleh Adam Egypt Mortimer.

Sohor Kini