Skip to main content

Kemaskini: Tipsworks Studios Umum DLC ini akan dilancarkan pada 20 Ogos ini.

Artikel Asal: Tipsworks Studios dan Giant Network hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa kandungna baharu buat permua Pascal’s Wager iaitu “The Tides Of Oblivion” di mana ia akan tiba pada suku ketiga tahun ini.

Seperti DLC yang dilancarkan sebelum ini, pemain akan berpeluang untuk mengembara di lokasi baharu di samping bertembung dengan pelbagai jenis baharu.

DLC The Tides Of Oblivion ini akan memfokuskan pemain untuk terokai lokasi Ichthyosauria yang mempunyai musuh akuatik. Menariknya, pembangun permainan ini menyatakna yang mana kandungan ini akan pasti mencabar pemain di mana pemain perlu mempelajari tindakan gerak geri musuh atas sebab elemen baharu ini yang mana ia pasti akan membawa satu pengalaman yang berlainan.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di iOS dan versi Android akhirnya tiba di mana bagi anda yang berminat, anda boleh ke Play Store untuk membelinya.

Leave a Reply