Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Activision akan melancarkan permainan pernambah-baikkan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 pada bulan September ini di mana ia akan menyertakan pelbagai muzik latar klasik dicampur dengan muzik latar baharu.

Bersempena dengan itu, Activision mengumumkan yang mana mereka akan bekerjasama bersama Noisey untuk mengadakan konsert maya khas buat peminat di mana ia akan menyertakan artis terkemuka seperti CHAII, Merkules, Machine Gun Kelly dan Rough Francis.

Bagi anda yang berminat, konsert tersebut akan diadakan pada minggu hadapan, iaitu pada 28 Julai 2020 ini pada jam 6 pagi bagi waktu tempatan dan ia boleh ditonton di saluran Youtube rasmi Noisey.

Pada masa yang sama, dokumentari khas pembangunan permainan Tony Hawk’s Pro Skater yang diumumkan sebelum ini juga akhirnya mendapat tarikh pelancaran secara rasmi di mana ia akan tiba secara digital pada 18 Ogos 2020 ini di platform tersenarai di atas.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store menjelang 4 September 2020 ini.

Sohor Kini