Kemaskini, 28 Julai: Bandai Namco Asia Tenggara telah mengesahkan yang ia juga akan tiba secara global pada tarikh yang sama iaitu 29 Oktober 2020.

Artikel Asal: Bandai Namco hari ini akhirnya mengumumkan permainan baharu buat siri adiwira Masked Rider iaitu Kamen Rider: Memory Of Heroez. Buat masa ini, ia disahkan akan tiba buat pasaran Jepun di konsol PlayStation 4 dan Switch pada 29 Oktober 2020 ini.

Akan tetapi, bagi pasaran global, ia masih belum diumumkan. Namun kami percaya ia akan diumumkan kelak memandangkan siri permainan Kamen Rider sebelum ini dilancarkan buat pasaran Malaysia.

Kamen Rider: memory Of Heroez akan memfokuskan bentuk pemrianan beraksi di mana ia akan menyertakan penceritaan asli berdasarkan 3 adiwira Kamen Rider utama iaitu Kamen Rider W, Kamen Rider OOO dan Kamen Rider Zero-One.

Berdasarkan video acah, permainan tersebut juga akan banyak menyertakan pelbagai bentuk beraksi, bertempur pelbagai jenis musuh dan juga menggunakan pelbagai jenis kemahiran.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah versi global diumumkan.

Sohor Kini