Nampaknya filem The New Mutants sudah serik asyik ditunda dan dilaporkan akan kekal ditayangkan mengikut jadual pada bulan Ogos ini. Walaupun banyak filem yang ditunda ke bulan Ogos ditunda sekali lagi ke tahun hadapan dan/atau tiada tarikh baru – The New Mutants yakin akan kekal. Filem ini adalah filem dalam francais X-Men dihasilkan oleh Fox sebelum diambil alih oleh Disney.

Filem ini memfokuskan pasukan The New Mutants, yang mana adalah anak-anak muda yang keliru dengan kuasa dan cuba membebaskan diri dari hospital yang disediakan oleh penjenayah utama. Filem ini juga berbeza dengan filem X-Men lain, yang mana menggunakan genre seram. Sempena [email protected] – video permulaan bagi filem ini telah diperlihatkan bersama-sama dengan video acah baru.

Ia nampak menarik, tetapi masih tiada rasa seram – mungkin di pertengahan filem? Apa yang saya pasti, saya tidak sabar untuk menontonnya dan harapnya tidak lagi ditunda. Filem ini mula melalui penggambaran pada tahun 2015 dan siap pada tahun 2017 untuk tayangan pada tahun 2018. Ditunda ke tahun 2019, tetapi tidak ingin bersaing dengan filem Deadpool 2 – ia ditunda lagi dan akhirnya dijadualkan untuk tayangan April 2020. Disebabkan Covid-19, ia ditunda ke bulan Ogos ini.

Sohor Kini