Skip to main content

Ryan Reynolds bakal hadir dengan sau filem rentas masa untuk Netflix bersama-sama dengan Shawn Levy. Filem dilaporkan pada asalnya adalah projek di bawah Paramount, tetapi diambil alih oleh Skydance. Projek asal filem ini mempunyai judul “Our Name Is Adam” ditulis oleh T.S. Nowlin, Mark Levin dan Jennifer Flackett yang menginginkan Tom Cruise sebagai watak utama pada tahun 2012. Tetapi selepas diambil alih, Jonathan Tropper dilantik sebagai penulis baru.

Filem ini mengisahkan watak Ryan Reynolds yang perlu ke masa silam bagi membantu dirinya yang berusia 13 tahun. Tetapi telah bertemu dengan bapanya yang ketika itu sama baya dengan dirinya yang dari masa hadapan.

Filem ini dilaporkan akan memulakan penggambaran pada bulan November, yang mana akan diterbit oleh Ellison, Dana Goldberg dan Don Grange melalui Skydance dan George Dewey melalui syarikat terbitan Ryan Reynolds, Maximum Effort. Skydance sejak ke belakangan ini aktif dalam hadir dengan filem hebat untuk Netflix seperti baru-baru ini The Old Guard dan filem tahun lepas 6 Undergeround yang juga dibintangi oleh Ryan Reynolds.

Ryan Reynolds dan Shawn Levy turut mempunyai filem bajet tinggi “Free Guy” yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Disember. Ia adalah filem apabila NPC mula sedar dan menjadi watak penting dalam sebuah permainan video.

Leave a Reply