Sharkboy & Lavagirl dan Spy Kids adalah filem komedi kanak-kanak yang popular. Saya masih ingat sedikit jalan cerita bagi filem ini, tetapi apabila melihat kembali – MasyaAllah CGI kartun yang melampau dan tidak masuk akal. Tetapi itulah tujuannya, ia disengajakan kerana ingin memberi hiburan kepada kanak-kanak.

Terkini, filem Sharkboy & Lavagirl akan mempunyai sekuel “We Can Be Heroes” untuk Netflix. Filem ini dikatakan mengisahkan Sharkboy & Lavagirl yang sudah dewasa dan mempunyai anak yang mempunyai kedua-dua kuasa. Filem ini juga dikatakan adalah seakan Avengers, tetapi semua adiwira adalah kanak-kanak. Pedro Pascal dan Priyanka Chopra dilaporkan adalah antara pelakon bagi filem ini dan ia akan diarahkan oleh Robert Rodriguez, iaitu pengarah asal bagi filem Sharkboy & Lavagirl.

Senarai pelakon lain bagi filem ini adalah YaYa GosselinAkira AkbarAndrew DiazAndy WalkenHala FinleyIsaiah Russell-BaileyLotus BlossomLyon DanielsNathan BlairVivien Lyra BlairAdriana Barraza, dan Christopher McDonald. Tetapi disebabkan Covid-19, masih lagi tiada tarikh bila mereka akan memulakan penggambaran dan bila ia akan disiarkan di Netflix. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini