Skip to main content

Jurassic World adalah francais filem Jurassic Park yang merupakan sekuel kepada filem-filem lama. Ia menggunakan teknologi yang lebih canggih dan padan dengan zaman moden. Jurassic World adalah filem yang menarik dan ada juga penampilan khas dari pelakon asal yang membuatkan ramai peminat lama Jurassic Park kembali menonton filem ini.

Terkini, Jurassic World akan hadir dengan sekuel iaitu Jurassic World: Dominion. Filem ini dilaporkan akan menggunakan lebih banyak animatronik berbanding dengan dua filem sebelumnya. Pengarah filem ini, Colin Trevorrow menyatakan yang beliau sering meminati kesan khas praktikal. Dengan teknologi terkini, animatronik boleh disunting secara digital untuk menjadikan dinosaur kelihatan lebih realistik dan tidak kelihatan seakan robot. Menggunakan animatronik juga mungkin akan mengurangkan kerja-kerja CGI seperti membuat model penuh dinosaur.

Menurut Colin, tidak kira animatronik ini digunakan dalam versi akhir filem atau sekadar alat membantu menghasilkan filem – kesan khas dalam filem ini adalah menakjubkan dan seakan nyata.

Leave a Reply