Sega telah mengumumkan versi baharu untuk permainan MMORPG mereka Phatasy Star Online 2: New Genesis ketika acara Xbox Games Showcase. Ia adalah permainan baharu yang akan hadir bersama dengan Phantasy Star Online 2 yang sudah dikeluarkan untuk Xbox One dan PC.

Mereka mengambil keputusan untuk mengeluarkan New Genesis kerana Phantasy Star Online merupakan permainan yang sudah lama dibangunkan, tetapi baru sahaja tiba secara global. Melalui New Genesis, ia akan menyertakan kualiti grafik dan bentuk permainan yang lebih baik.

Anda boleh lihat lanjut mengenai peningkatan kualiti grafik serta bentuk permainan melalui video acah di bawah.

Phantasy Star Online 2: New Genesis akan dikeluarkan pada tahun 2021 untuk Xbox One, Xbox Series X dan PC. Ia juga adalah permainan percuma untuk dimainkan.

Sohor Kini