Skip to main content

The Medium merupakan permainan seram seterusnya oleh Bloober Team seperti yang diumumkan oleh mereka sebelum ini. Ketika acara Xbox Games Showcase, mereka telah memperlihatkan satu video bentuk permainan baharu yang memperlihatkan dwi-realiti.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Pemain akan mengawal watak Marianne selepas mendapat pelbagai visi, dia pergi ke hotel terbiar yang merupakan tempat satu tragedi berlaku. Dia juga seorang yang dapat berkomunikasi dengan dunia nyata dan dunia ghaib. Menariknya, pemain boleh memasuki dua dunia atau dua relaiti tersebut secara terus. Kebolehan ini akan membantu pemain untuk lebih memahami mengenai apa yang berlaku di hotel tersebut.

The Medium akan dikeluarkan untuk Xbox Series X dan PC pada hujung tahun ini.

Leave a Reply