Tetris Effect merupakan permainan tetris yang diberi pelbagai sentuhan unik untuk memberi pengalaman bermain yang lebih mengasyikkan. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan ini. Ia pertama kali dikeluarkan adalah secara eksklusif untuk PlayStation 4 pada tahun 2018, sebelum dikeluarkan juga untuk PC.
Ketika acara Xbox Games Showcase, Enhance telah mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan untuk Xbox One dan Xbox Series X pada hujung tahun ini. Menariknya, ia adalah versi baharu iaitu Tetris Effect: Connected.
Melalui versi ini, pemain dapat bermain secara multi-pemain sama ada secara setempat ataupun secara dalam talian. Terdapat mod 1 lawan 1, terdapat juga mod Connected di mana tiga pemain akan bermain bersama untuk melawan AI.
Versi Connected ini juga akan tiba untuk PlayStation 4 dan PC sekitar tahun 2021 sebagai kemaskini percuma.