Selepas kejayaan dua permainan Warhammer: Vermintide, Fatshark Games mengumumkan permainan baharu iaitu Warhammer 40,000: Darktide yang membawa bentuk permainan lebih kurang sama, tetapi terhad kepada koperasi sehingga 4 pemain dan dunia yang berbeza.
Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Seperti Vermintide, anda bersama dengan 3 pemain lain akan bertempur untuk melawan ombakan penjahat. Dengan menyertakan dunia Warhammer 40,000 kita boleh jangkakan lebih banyak penjahat serta senjata yang berbeza.
Buat masa ini Warhammer 40,000: Darktide diumumkan untuk Xbox Series X dan PC sahaja dan dijangka akan tiba sekitar tahun 2021.