Microsoft ketika Xbox Game Showcase telah mengumumkan yang Destiny 2 serta kesemua DLC akan disertakan di dalam Xbox Game Pass termasuk juga DLC baharu Beyond Light apabila ia dikeluarkan November ini.
Destiny 2 sudah ditawarkan secara percuma untuk semua platform tetapi terhad kepada dua DLC pertama sahaja iaitu Curse of Osiris dan Warmind, manakala Shadowkeep dan Forsaken perlu dibeli secara berasingan.
Buat masa ini, tawaran ini adalah untuk Xbox Game Pass buat konsol sahaja, akan tetapi Microsoft berharap mereka dapat menyertakannya untuk Xbox Game Pass for PC sekitar tahun 2021.
Destiny 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga diumumkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X.