Psychonauts 2 diumumkan oleh Double Fine untuk tiba pada tahun 2018 sebelum beberapa kali ditunda dan sepatutnya dikeluarkan pada tahun ini. Namun, ketika Xbox Games Showcase, telah diumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada tahun 2021.

Namun, mengurangkan kekecewaan, mereka juga berkongsi satu video acah baharu yang memperlihatkan bentuk permainan dan juga lagu yang dinyanyikan oleh Jack Black. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Psychonauts 2 akan dikeluarkan pada tahun 2021 untuk PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X dan PC.

Sohor Kini