Informasi Permainan Video Terkini
Epic Games Store Menawarkan Dua Permainan Percuma Dan Jualan Promosi Musim Panas Bermula
PC

Epic Games Store Menawarkan Dua Permainan Percuma Dan Jualan Promosi Musim Panas Bermula

Diterbitkan pada July 24, 2020 oleh .

Sebagai permainan percuma mingguan, Epic Games Store telah menawarkan dua permainan percuma pada minggu ini iaitu Next Up Hero dan Tacoma yang boleh ditebus bermula sekarang sehingga 30 Julai.

Next Up Hero merupakan permainan dungeon crawl yang dibangunkan oleh Digital Continue serta diterbitkan oleh Aspyr untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC sejak tahun 2018. Ia boleh dimainkan secara solo ataupun mutli-pemain.

Tacoma pula adalah permainan pengembaraan, tekaria fiksyen sains yang dibangunkan serta diterbitkan oleh Fullbright untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC sejak tahun 2017.

Pada 30 Julai ini, Epic Games Store akan menawarkan tiga permainan percuma iaitu 20XX, Barony dan Superbrothers: Sword & Sworcery.

Epic Games Store: Next Up Hero

Epic Games Store: Tacoma

Jualan Promosi Musim Panas

Selain itu, Epic Games Store turut menganjurkan jualan promosi musim panas dan menawarkan diskaun untuk beberapa permainan sehingga 6 Ogos. Berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan;

  • Control – $14.49 (~RM61)
  • Borderlands 3 – $22.49 (~RM95)
  • The Outer Worlds – $22.49 (~RM95)
  • Metro Exodus – $15.74 (~RM67)
  • Star Wars Jedi: Fallen Order – $14.49 (~RM61)
  • Disco Elysium – $11.24 (~RM47)

Terdapat pelbagai lagi permainan lain dan anda boleh lihat-nya di pautan kami sertakan di bawah.

Jualan Promsoi Musim Panas Epic Games Store


TIPS & ULASAN