Pada tahun 2018 satu ura-ura telah dilaporkan, iaitu Playground Games yang terkenal sebagai pembangun untuk Forza Horizon dikatakan sedang membangunkan permainan baharu Fable.
Hari ini, ketika acara Xbox Games Showcase, ura-ura tersebut telah disahkan apabila Fable baharu telah diumumkan secara rasmi untuk Xbox Series X dan juga PC. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Dengan sekadar menggunakan nama Fable, ia mungkin satu olahan semula untuk siri yang hadir sejak tahun 2004 lagi. Seperti video acah yang tidak memperlihatkan banyak perkara, maklumat mengenai permainan ini juga masih sedikit.
Namun, ia masih lagi satu perkara yang mengujakan kerana sudah disahkan akan tiba, walaupun mungkin untuk satu jangka masa lagi.