Jika kita masih ternanti-nanti permainan yang akan dibangunkan oleh studio di bawah Xbox Games Studios, satu studio yang tampaknya tidak berhenti adalah Obsidian Entertainment. Selain mengumumkan DLC untuk The Outer Worlds dan Grounded, mereka juga mengumumkan permainan baharu iaitu Avowed ketika Xbox Games Showcase.
Ia adalah permainan RPG dengan sudah pandangan pertama. Anda boleh tonton video acah di bawah.
Jika The Outer Worlds adalah jawapan Obsidian untuk Fallout, bagi kami Avowed adalah jawapan mereka untuk satu lagi permainan Bethesda iaitu The Elder Scrolls.
Obsidian Entertainment adalah satu studio yang berpengalaman menghasilkan dunia fantasi, terutama melalui siri Pillars of Eternity, oleh itu kami sudah semestinya tidak sabar untuk mengetahui lanjut mengenai permainan ini.
Buat masa ini tidak disahkan lagi mengenai tarikh pengeluaran dan juga platform tetapi ia sudah semestinya akan tiba untuk Xbox Series X.