Obsidian hari ini ketika Xbox Games Showcase telah mengumumkan kandungan tambahan pertama untuk The Outer Worlds iaitu Peril on Gorgon yang akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 9 September.

Melalui penambahan ini, pemain akan menuju ke satu akwasan baharu iaitu Gorgon Asteroid di mana pemain telah diupah oleh Minnie Ambrose untuk menyiasat mengenai emaknya Dr Olivia Ambrose dan projeknya yang gagal.Penambahan ini juga akan menyertakan pelbagai senjata dan kebolehan baharu untuk dicuba oleh pemain, tahap maksima juga ditingkatkan ke tahap 33.

DLC ini boleh didapati dengan harga $14.99 (RM63) ataupun anda boleh dapatkan pas Expansion yang akan menyertakan satu lagi DLC akan datang dengan harga $24.99 (~RM106).

The Outer Worlds sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini