Tell Me Why Oleh Dontnod Menerima Episod Pertama Ogos Ini

Seperti diumumkan pada tahun lepas, Dontnod iaitu pembangun Life is Strange telah hadir dengan satu siri baharu iaitu Tell Me Why. Sebelum ini ia hanya diumumkan akan tiba secara berepisod, di mana ia akan mempunyai 3 episod secara keseluruhan.

Ketika Xbox Game Showcase, mereka telah mengumumkan episod pertama untuk siri tersebut akan dikeluarkan pada 27 Ogos ini untuk Xbox One dan PC, ia juga akan dikeluarkan untuk Xbox Series X.

Mereka juga berkongsi satu video baharu yang memperlihatkan serba sedikit mengenai episod pertama. Anda boleh tontonnya di bawah.

Permainan ini akan memfokuskan perhubungan antara dua watak kembar tersebut yang mana pemain akan mengembara di dalam memori kedua-dua watak tersebut untuk menghasilkan penceritaan pemain disamping meneruskan kehidupan mereka.

Sohor Kini