Rare merupakan pembangun yang terkenal dengan permainan dalam talian Sea of Thieves mereka, akan tetapi pada tahun lepas, mereka telah mengumumkan satu permainan baharu iaitu Everwild. Selepas pengumuman tersebut tidak banyak yang dikongsikan, sehinggalah hari ini ketika Xbox Game Showcase.

Mereka telah berkongsi satu video baharu yang memfokuskan kepada perhubungan antara manusia dan alam semula jadi. Buat masa ini masih tidak disahkan lagi mengenai bentuk permainan, akan tetapi kami merasakan ia adalah aksi pengembaraan dan juga tekaria.

Anda boleh tonton sendiri video tersebut di bawah.

Everwild akan dikeluarkan untuk Xbox Series X dan PC akan tetapi buat masa ini masih tiada tarikh pengeluaran.

Sohor Kini