State of Decay 3 Diumumakan Secara Rasmi Untuk Xbox Dan PC

Xbox Games Studios dan Undead Labs ketika Xbox Game Showcase telah mengumumkan secara rasmi yang mereka sedang membangunkan State of Decay 3 iaitu permainan terbaru untuk siri ini.

Bagi yang tidak mengetahui mengenainya, ia adalah permainan ketahanan hidup dunia terbuka, di mana pemain perlu membina penempatan dan mengawal sumber untuk memastikan dapat menyelamatkan diri dari Zombi.

Anda boleh tonton video acah untuk pengumuman ini, tetapi ia sekadar video CGI tanpa sebarang bentuk permainan. Ia juga mungkin masih di peringkat awal pembangunan.

Mereka tidak mengumumkan platform, akan tetapi berkemungkinan besar akan dikeluarkan untuk Xbox Series X dan juga PC.

Sohor Kini