Skip to main content

Jika Sony memperlihatkan Gran Turismo baharu sebelum ini, kini giliran Microsoft pula untuk memperlihatkan permainan simulasi lumba kereta mereka sendiri iaitu Forza Motosport.

Ketika Xbox Game Showcase, mereka mengumumkan permainan tersebut akan dikeluarkan untuk Xbox Series X dan juga PC dan akan dibangunkan oleh Turn 10 Studios. Mereka menjanjikan kadar kelancaran 60FPS dengan sokongan Ray Tracing.

Buat masa ini masih tiada tarikh pengeluaran dan mereka juga mengatakan yang ia masih di peringkat awal pembangunan.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Leave a Reply