Ketika acara Xbox Games Showcase, Square Enix telah mengumumkan yang Dragon Quest XI S akan dikeluarkan pada 4 Disember ini untuk Xbox One, ia juga akan disertakan sebagai Xbox Game Pass.

Dragon Quest XI S merupakan versi penambahan untuk permainan Dragon Quest XI yang sebelum ini hanya dikeluarkan untuk Nintendo Switch. Ia menyertakan penambahan penceritaan dan juga mod 16-bit.

Versi ini juga sudah disahkan akan turut dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC, namun tidak disahkan jika ia juga akan tiba untuk Xbox Game Pass for PC.

Dragon Quest XI sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC. Versi S pula sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch. Kami juga sebelum ini telah mengeluarkan ulasan untuk versi PS4 dan merasakan ia adalah antara permainan JRPG terbaik pernah dikeluarkan.

Sohor Kini