U Mobile hari ini mengumumkan pengajuran Mobile Legends Campus Championship untuk musim ke-2 dan menjanjikan kejohanan yang lebih besar dan lebih baik. Namun, akibat pandemik Covid-19 keseluruhan pertandingan akan dianjurkan secara dalam talian.

Kejohanan ini akan menyediakan hadiah terkumpul sebanyak RM58 ribu dan 33 ribu Diamons (mata wang di dalam permainan) dan kali ini, ia juga melibatkan pelajar dari Sabah dan Sarawak.

Seperti biasa, kejohanan ini akan dianjurkan dari negeri ke negeri bermula dengan Selangor dan berakhir di Sarawak pada bulan Oktober kelak. Pasukan terbaik dari setiap negeri akan bertanding di peringkat akhir pada November ini.

Anda boleh rujuk jadual akhir pendaftaran untuk setiap negeri di bawah.

Cara Mendaftar:

  • Anda perlu mempunyai U Mobile SIM dan menambah nilai sebanyak RM10
  • Bagi penguna pasca-bayar ia mestilah pelan yang sekurang-kurangnya RM20.
  • Daftar di pautan ini: http://tiny.cc/ummlccs2

Syarat Pendaftaran:

  1. Terbuka kepada semua pelajar universiti/kolej/institusi (Malaysia) yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai ID pelajar yang sah (pada tahun 2020).
  2. Ahli pasukan haruslah dari kampus yang sama.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi pertandingan ataupun melayari laman Facebook rasmi.

Sohor Kini