Riot Games hari ini mengumumkan acara masa terhad selama sebulan Spirit Blossom untuk tiga permainan mereka iaitu Legends of Runeterra, League of Legends dan Teamfight Tactics. Acara ini akan berlangsung dari 22 Julai sehingga 24 Ogos 2020.
Legends of Runeterra
Pemain akan berpeluang untuk pelbagai barangan khas untuk acara ini. Berikut adalah antara kandungan yang disertakan semasa acara ini;
League of Legends
Melalui acara ini, League of Legends akan menerima kembali mod Nexus Blitz, memperkenalkan mod baharu iaitu Spirit Bonds yang mempunyai penceritaan tersendiri dan juga wira baharu iaitu Lillia. Selain itu terdapat juga kostum khusus untuk wira-wira berikut;
Teamfight Tactics
Pemain berpeluang untuk mendapatkan Little Legends bagi Featherknight, Hustail dan Melisma berdasarkan Spirit Blossom. Pemain juga boleh membeli secara terus untuk versi 1-bintang.
Jika anda bermain mana-mana daripada tiga permainan di atas, jangan terlepas acara waktu terhad ini. Jika anda ingin mengetahui lanjut mengenai Legends of Runeterra, kami sebelum ini ada mengeluarkan ulasan.