Godfall merupakan permainan aksi pengembaraan yang juga “looter-slasher” oleh Gearbox Software. Ia adalah antara permainan terawal disahkan untuk PlayStation 5. Video acah untuknya boleh ditonton di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=oal1EbvDxCk

Selain daripada muzik yang digunakan, kami sangat berminat dengan apa yang diperlihatkan. Hari ini, melalui temubual bersama dengan channel Youtube Arekkz Gaming, beberapa maklumat lanjut telah dikongsi.

Antaranya adalah, Godfall akan mempunyai kempen yang boleh dihabiskan akan tetapi terdapat pelbagai kandungan lain yang boleh dilakukan oleh pemain selepas itu. Namun, mereka tidak menganggap Godfall sebagai “game as service” kerana ia tidak akan menyertakan sebarang mikrotransaksi.

Selain itu, mereka juga berkongsi lanjut mengenai senjata dan perisai yang digelar sebagai Valorplate. Valorplate akan hadir dalam satu set dan tidak boleh diubah, tetapi pemain boleh mengubah dari segi warna. Setiap Valorplate juga akan mempunyai kuasa pasif tersendiri. Gaya serangan tidak akan bergantung kepada Valorplate, akan tetapi bergantung kepada jenis senjata yang digunakan.

Mereka juga mengatakan yang untuk mereka pertempuran di dalam permainan ini, mereka mengambil inspirasi daripada permainan seperti God of War dan Devil May Cry.

Anda boleh tonton video temubual tersebut di bawah, di mana mereka juga memperlihatkan set Valorplate baharu.

Godfall dibangunkan oleh Counterplay Games dan diterbitkan oleh Gearbox Software untuk PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store. Ia akan tiba pada hujung tahun ini.

Sohor Kini