EA akhirnya mengesahkan atlit yang akan menghias muka depan FIFA 21 adalah Kylian Mbappe iaitu pemain bola sepak untuk Perancis dan juga kelab PSG. Tampaknya, berbeza dengan tahun sebelum ini, beliau akan menjadi muka depan untuk kesemua edisi.
Rekaan muka depan untuk beberapa edisi kami sertakan di bawah.
Selain itu, EA juga mengumumkan video acah baharu untuknya akan dikeluarkan pada pukul 11 malam ini, yang berkemungkinan akan memperlihatkan serba sedikit bentuk permainan serta mod baharu jika ada.
FIFA 21 akan dikeluarkan pada 9 Oktober 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC dan akan menerima penaik-tarafan percuma untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X.