Bandai Namco hari ini berkongsi satu video baharu untuk permainan arked bola sepak mereka Captain Tsubasa: Rise of New Champions. Video tersebut memfokuskan mod dalam talian yang disertakan di dalam permainan tersebut.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Pemain boleh membina pasukan tersendiri termasuk juga membawa watak rekaan sendiri. Antara mod yang disertakan adalah Division Matches iaitu pemain boleh lawan dengan pemain lain di dalam satu liga secara global. Selain itu terdapat juga mod 1 lawan 1 dan 2 lawan 2 menggunakan pasukan sendiri ataupun pasukan tersedia.

Pemain juga dapat menggunakan pelbagai barangan untuk meningkatkan tahap dengan menggunakan Play Points. Ia hanya boleh diperoleh dengan bermain dan tidak menyertakan pembelian di dalam permainan.

Captain Tsubasa: Rise of New Champions akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch dan juga PC pada 28 Ogos ini.

Sohor Kini