Seperti diumumkan sebelum ini, Konami telah mengambil cara berbeza untuk pengeluaran permainan terbaru eFootball PES mereka, di mana untuk eFootball PES 2021, ia hanyalah satu kemaskini berbayar sahaja berbanding permainan penuh.

Bermula hari ini, eFootball PES 2021 tersebut telah pun boleh mula di pra-tempah untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC dengan harga bermula RM116 untuk edisi biasa dan RM136 untuk edisi kelab.

Pemain akan memperoleh pelbagai barangan di dalam permainan dengan pra-tempah termasuk juga Messi untuk digunakan di mod My Club dengan kontrak pinjaman.

Bagi edisi kelab, pemain akan mendapat skuad penuh untuk digunakan di mod MyClub, jersi, hiasan menu, tema untuk PS4 dan juga barangan di dalam permainan. Terdapat 5 kelab yang boleh dipilih iaitu FC Barcelona, Bayern Munich, Juventus, Manchester United dan Arsenal.

Walaupun ia adalah satu kemaskini musim sahaja akan tetapi ia boleh dimainkan secara kendiri. Anda tidak perlu memiliki PES 2020, akan tetapi bagi pemilik permainan tersebut, anda boleh dapatkan PES 2021 dengan potongan harga 20%.

eFootball PES 2021 Season Update akan dikeluarkan pada 16 September 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

PS Store: eFootball PES 2021 Season Update

Steam: eFootball PES 2021 Season Update

Xbox Store: eFootball PES 2021 Season Update

Sohor Kini