Mihoyo hari ini mengumumkan yang permainan aksi pengembaraan Genshin Impact akan dikeluarkan selewat-lewatnya Oktober ini untuk PC, iOS dan juga Android. Manakala untuk PS4 dan Switch masih tiada sebarang pengumuman.
Namun, bagi pemain di PS4, mereka akan melakukan sesi beta terutup sekali lagi di platform tersebut bermula pada 30 Julai 2020, oleh kerana ia adalah terhad ia hanya dibuka kepada pemain di Amerika Utara dan Amerika Selatan sahaja. Pemain yang layak akan menerima jemputan pada 29 Julai ini.
Genshin Impact adalah permainan percuma untuk dimainkan tetapi akan menyertakan pembelian di dalam permainan.