Skip to main content

EA sebelum ini telah mengumumkan yang permainan simulasi MMA iaitu UFC 4 akan dikeluarkan pada bulan depan. Namun, mereka sekadar memperlihatkan sedikit bentuk permainan.

Hari ini, mereka berkongsi satu video yang lebih banyak berkongsi mengenai apa pembaharuan di bawa melalui UFC 4. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Antara yang menjadi fokus video tersebut adalah teknologi Real Player Motion yang dikatakan akan membantu pemain untuk melakukan serangan, mengunci dan menghempas dengan lebih realistik. Ia juga akan menyertakan kawalan yang lebih dinamik serta sistem submission yang serba baharu.

EA Sports UFC 4 akan dikeluarkan pada 14 Ogos ini untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Leave a Reply