PUBG Mobile World League selepas tertunda untuk sehari sudah berlangsung sejak 11 Julai lepas untuk liga minggu di mana 16 pasukan terbaik layak ke peringkat Super Weekend di mana mereka akan bertempur untuk merebut World League Points yang akan menentukan pasukan yang layak ke peringkat akhir kejohanan ini.

Berikut adalah keputusan bagi Super Weekend bagi minggu pertama untuk untuk bahagian Timur dan Barat;

Dua pasukan yang mewakili Malaysia di bahagian East iaitu Yoodo Gank dan Team Secret masing-masing mendapat tempat keempat dan juga tempat ketiga belas.

Pusingan liga bagi minggu kedua sudah pun berlangsung untuk mencari 16 pasukan seterusnya yang akan bertanding di Super Weekend minggu ke-2 berlangsung pada 24 hingga 26 Julai ini.

Secara keseluruhan liga PUBG Mobile World League akan berlangsung selama 3 minggu dan berdasarkan jumlah World League Points, 16 pasukan terbaik akan layak ke peringkat akhir PUBG Mobile World League yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos untuk setiap liga.

Penstriman langsung untuk kejohanan ini akan berlangsung di channel Youtube PUBG Mobile dan untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook rasmi mereka.

Sohor Kini