Mobile Legends: Bang Bang sebelum ini telah mengumumkan Projek NEXT iaitu satu inisiatif untuk menaik-taraf permainan mudah alih tersebut ke satu tahap yang lebih baik. Antara penaik-tarafan yang dilakukan adalah dari segi visual, animasi, kesan bunyi, kawalan dan juga watak.

Maklumat lanjut mengenainya anda boleh baca melalui perkongsian kami sebelum ini.

Bacaan Lanjut: Mobile Legends: Bang Bang – Projek “NEXT” Merupakan Pernaik-Tarafan Seterusnya Oleh Moonton

Terkini, melalui Projek NEXT Express yang kedua mereka telah berkongsi lanjut mengenai perubahan yang dilakukan untuk dua wira iaitu Miya dan juga Alucard. Anda boleh tonton video penuh di akhir artikel ini.

Miya

Melalui Projek NEXT ini, Miya telah menerima perubahan yang mendalam dari senjata sehinggalah kostum dengan sasaran untuk menjadikan Miya sebagai pemanah yang kemas dan berani. Selain itu, pembangun juga mengubah kemahiran Miya untuk memastikan beliau memainkan peranan yang aktif di dalam perlawanan. Antaranya adalah meningkatkan kemahiran pasif dan kedua untuk memberikannya kekuatan serangan yang lebih besar, kebolehan mengawal yang tinggi, dan bergerak dengan lebih fleksibel.

Alucard

Manakala untuk Alucard pula, berdasarkan perkongsian oleh pemain, mereka menyukai kebolehan Alucard untuk pertempuran 1 lawan 1, yang membuatkan pembangun mengambil keputusan untuk meningkatkan kekuatan serangan terhadap sasaran tunggal. Contohnya, kemahiran pasif tidak lagi memberikan tambahan serangan jika menyerang dua sasaran, sebaliknya tambahan kekuatan diberikan jika melakukan serangan terhadap sasaran tunggal. Selain itu, serangan Ultimate Alucard juga tidak lagi mempunyai ‘lifesteal’ tetapi tambahan kekuatan serangan kepada sasaran yang sudah di tanda. Dengan kata lain menjadikan Alucard lebih agresif untuk pertempuran 1 lawan 1.

Selain itu, penceritaan di antara wira juga telah mengalami perubahan untuk memberikan penceritaan yang lebih mendalam dan menarik.

Logo Projek NEXT

Sebagai komitmen Mobile Legends: Bang Bang untuk menjadikan Projek NEXT sebagai satu inisiatif jangka panjang, mereka telah memperkenalkan logo untuknya.

Bagi maksud logo tersebut pula, mereka mengatakan waran Emas adalah untuk menggambarkan kegemilangan, keadilan dan semangat. Permata biru adalah daripada menara pertahanan di dalam permainan yang bukan sahaja menggambarkan harapan tetapi juga sebagai suar pembimbing ke depan. Manakala bentuk ‘V’ di bawah adalah bayangan untuk puncak gunung yang membawa maksud sebagai pencapaian lepas serta pengembaraan baharu yang menanti.


Sebagai antara permainan mudah alih paling popular di Malaysia dan juga dunia dengan lebih 75 juta pemain aktif, Mobile Legends: Bang Bang akan terus menyertakan penambah-baikkan untuk memastikan ia sentiasa mempunyai kualiti serta pengalaman yang lebih baik.

Selepas Mobile Legends: Bang Bang 2.0 yang dilancarkan pada tahun lepas, Projek NEXT akan meneruskan lagi usaha untuk menjadikan ia satu permainan terbaik. Maklumat lanjut untuk projek ini akan dikongsi dari semasa ke semasa.

Penafian: Advertorial ini dibawakan oleh Mobile Legends: Bang Bang

Sohor Kini