Skip to main content

Berdasarkan satu temubual di majalah Jepun Famitsu, pengarah bersama untuk permainan Final Fantasy VII Remake Naoki Hamaguchi mengatakan yang bahagian kedua sudah melepasi perancangan dan memasuki pembangunan secara rasmi.

Tambahan itu, di temubual yang sama Tetsuya Nomura mengatakan yang beliau berharap ia dapat dikeluarkan secepat mungkin. Beliau juga mengatakan yang pengumuman lanjut mengenai perancangan mereka bagi permainan tersebut akan diumumkan kelak, di mana sebelum ini mereka mengatakan masih tidak pasti dengan jumlah bahagian yang akan tiba.

Final Fantasy VII Remake bahagian pertama sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, dan akan dikeluarkan di platform lain pada tahun hadapan. Seperti kami ulas sebelum ini, ia adalah satu permainan olahan semula yang berjaya.

Permainan tersebut juga berjaya dari segi sambutan, di mana ia telah terjual sebanyak 3.5 juta salinan dalam tempoh masa tiga hari sahaja.

Leave a Reply