Skip to main content

Microsoft telah menganjurkan acara ID@Xbox Summer Game Fest Demo Showcase yang menyediakan lebih 70 demo permainan yang belum dilancarkan untuk dicuba oleh pemain secara percuma.

Acara ini berlangsung bermula sekarang sehingga 28 Julai, mereka juga mengatakan akan menambah permainan ke dalam acara ini dari semasa ke semasa.

Antara permainan yang disediakan adalah Destroy All Humans!, In the Valley of Death dan The Vale: Shadow of the Crown. Anda boleh lihat senarai penuh di laman Xbox ataupun melalui Dashdoard di konsol Xbox One anda.

Leave a Reply