Skip to main content

Bersempena dengan ulang tahun kedua buat permainan Mobile Suit Gundam: Battle Operation 2, Bandai Namco hari ini akhirnya mengumumkan yang mana permainan tersebut kini tiba di pasaran Malaysia secara rasmi.

Mobile Suit Gundam: Battle Operation 2 merupakan permainan pertempuran Gundam yang dilancarkan 2018 lepas buat konsol PlayStation 4 secara percuma. Kini dengan tibanya di rantau Malaysia, bersama dengan ulang tahun kedua, Bandai Namco mengumumkan acara khas yang turut diadakan.

Bermula hari ini sehingga 27 Ogos ini, Bandai Namco akan mengadakan kempen khas ulang tahun kedua buat permainan ini di mana kandungan “Supply Drop” permainan ini akan memudahkan pemain untuk dapatkan robot Mobile Suit berkelaskan 3 bintang.

Selain itu, sepanjang 5 minggu kempen tersebut berjalan, pemain juga akan menerima pelbagai ganjaran khas setiap kali pemain log masuk di dalam permainan tersebut yang mana anda boleh melihat senarainya di imej di atas.

Terdapat pelbagai lagi kempen khas bersempena ulang tahun kedua buat permainan ini dengan pelbagai misi tambahan, dan juga ZZ Gundam juga akhirnya tiba buat permainan ini. Untuk informasi lanjut anda boleh ke laman ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan secara percuma di konsol PlayStation 4 melalui pautan di bawah.

[download] Muat-Turun PS4: Mobile Suit Gundam: Battle Operation 2 [/download]

Leave a Reply