Adult Swim dan Soleil hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan Samurai Jack: Battle Through Time di mana ia akan tiba pada 21 Ogos 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Permainan ini diumumkan awal tahun ini, di mana ia adalah berdasarkan siri kartun Samurai Jack yang sangat terkenal di Cartoon Network. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan ini akan memfokuskan pemain untuk bermain sebagai Samurai Jack di mana beliau akan bertempur Aku dari zaman lampau sehinggalah masa hadapan.

Menariknya, permainan ini akan menyertakan suara latar asli daripada siri kartun tersebut dan ia juga menyertakan pelbagai jenis senjata untuk pemain guna bersama dengan pelbagai dunia untuk pemain terokai. Permainan ini juga ditulis oleh penulis utama asal siri tersebut iaitu Darrick Bachman.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan permainan ini, anda boleh membuat pra-tempah di mana-mana platform pilihan anda menjelang bulan hadapan.

Sohor Kini