Mengikut kebiasaan untuk permainan mudah alih oleh Nintendo, ia hanya boleh dimainkan secara menegak kerana mereka ingin permainan tersebut boleh dimainkan menggunakan satu tangan sahaja. Ia termasuk juga untuk Mario Kart Tour.
Namun, ramai pemain yang meminta untuk permainan tersebut boleh dimainkan secara mendatar kerana ia lebih bersesuaian dengan genre permainan Mario Kart Tour iaitu permainan perlumbaan kart.
Melalui kemaskini yang akan tiba pada 21 Julai kelak, Nintendo akhirnya akan menyediakan sokongan permainan secara mendatar, di mana pemain boleh memilih antara mod tersebut ataupun mod tersedia.
Anda boleh tonton video di bawah untuk melihat mod tersebut.
Mario Kart Tour sudah dilancarkan untuk iOS dan Android.