LX Esport Menjuarai PUBG Mobile National Championship

Selepas 5 minggu bertanding, LX Esport dari Pahang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk kejohanan PUBG Mobile National Championship (PMNC) dan sekali gus membawa pulang hadiah bernilai RM30 ribu dan melayakkan diri ke PUBG Mobile Profesional League.

Bersama dengan LX Esport, 4 pasukan lagi yang melayakkan diri ke PMPL adalah TRX Elementus dari Negeri Sembilan yang mendapat tempat kedua, Team Bosskurr di tempat ketiga, yang juga satu-satunya pasukan jemputan layak ke pusingan playoff, Marlino inSouth dari Johor di tempat keempat, walaupun mendahului pada hari pertama pusingan playoff dan AKA Esports Rogue dari Sabah di tempat kelima.

PMNC tahun ini telah memperlihatkan format baharu, di mana pemain yang tidak mempunyai pasukan sendiri boleh menyertai sebagai pemain solo, di mana mereka akan membentuk pasukan di peringkat akhir Zon. Ia mendapat sambutan yang baik apabila terdapat lebih 15 ribu pemain yang mendaftar.

Sohor Kini