5 Sebab Mengapa Laptop Gaming Menjadi Pilihan Ramai

Pengeluar komputer mengelaskan produk mereka kepada beberapa kategori untuk menggambarkan kesesuaian aktiviti bagi setiap produk mereka. Antaranya adalah “Gaming” tidak kira PC Gaming ataupun Laptop Gaming, ia dikeluarkan untuk memberi pilihan yang lebih mudah kepada pengguna yang ingin menggunakannya bagi tujuan bermain permainan video.

Pada awal pengeluaran kategori Gaming ini, ia sering dikaitkan dengan harga yang mahal, dan pengguna kebiasaan memilih produk daripada kategori lain yang mempunyai spesifikasi yang bersesuaian yang turut mampu untuk bermain permainan video.

Namun, sejak beberapa tahun lepas, perkara yang sebaliknya berlaku. Produk gaming, terutamanya laptop, lebih menjadi pilihan pengguna walaupun bermain permainan video bukanlah tujuan utama bagi pembelian mereka.

Mengapa perubahan ini berlaku?

Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat beberapa sebab utama yang membuatkan gaming laptop menjadi pilihan lebih ramai pengguna, di mana kami akan terangkan lebih lanjut di bawah. Selain itu, kami juga juga berkesempatan untuk menerima pendapat daripada Lenovo iaitu antara pengeluar utama bagi komputer kategori gaming melalui Lenovo Legion mereka.

Menurut Ian Tan, Ketua Bahagian Gaming Asia-Pasifik Lenovo, pengguna kini inginkan komputer dan laptop yang lebih berkuasa kerana keperluan bukan sahaja untuk bermain tetapi juga untuk bekerja. Ini sekaligus menyebabkan kategori gaming menjadi semakin pesat berkembang di dalam industri komputer.

Jadi, tanpa lengahkan masa lagi berikut adalah 5 sebab mengapa laptop gaming menjadi produk pilihan ramai pengguna berbanding kategori lain;

1. Perkakasan Yang Mesra Pengguna

Gamer, ataupun pemain boleh dikatakan adalah antara pengguna yang cerewet. Semasa bermain, mereka ingin paparan yang berkualiti, tidak kira dari segi kadar segar semula, resolusi ataupun sela masa. Selain itu mereka juga inginkan papan kekunci yang berkualiti serta selesa dan juga ketahanan bateri yang mencukupi untuk sesi permainan yang lama.

Permintaan ini yang menjadikan pengeluar laptop gaming berlumba untuk menyertakan perkakasan yang terbaik, tanpa sebarang kekurangan. Dengan kata lain, jika pengeluar tidak membawa sesuatu yang terbaik untuk produk mereka, sukar untuk produk tersebut berjaya di dalam kategori ini.

Ini dipersetujui oleh Ian Tan, di mana beliau mengatakan produk Lenovo Legion menjadi produk gaming yang berkembang pesat di Asia-Pasifik kerana mereka sering mendengar permintaan pengguna dan aspirasi mereka untuk sesuatu produk.

Melalui Laptop Legion 5i dan 5Pi contohnya, ia dibina dengan papan kekunci yang mempunyai switch yang selesa, 1.5mm key travel menjadikan ia sangat mudah untuk ditekan termasuk juga 100% anti-ghosting akan membuatkan sesi menaip yang lancar walaupun anda adalah penaip yang laju.

Dengan kata lain, persaingan sengit di pasaran, serta permintaan yang berterusan oleh pengguna, telah memastikan yang pengeluar laptop gaming akan menyertakan perkakasan yang terbaik sebelum dipasarkan. Ini secara langsung membolehkan pengguna untuk menarik nafas lega apabila memilih untuk mendapatkan laptop gaming, kerana mereka mempunyai kualiti perkakasan yang terbaik.

2. Rekaan Gaya & Fungsi

Rekaan gaya dan fungsi di dalam sebuah laptop gaming semestinya sangat penting sekali, namun ia juga perlu mengambil kira rekaan yang berfungsi secara optimum, contohnya adalah kedudukan kipas serta sistem penyejukan yang digunakan untuk memastikan laptop tidak terlalu panas apabila sesi permainan yang berat ataupun lama. Ia juga perkara yang sukar untuk diperoleh melalui produk kategori lain, yang tidak dibina untuk penggunaan ini.

Ini juga benar untuk berat dan saiz di mana kategori lain kebiasaan akan memilih untuk menjadikan laptop ringan dan senipis yang mungkin bagi memenuhi gaya dengan mengorbankan spesifikasi. Namun bagi produk Gaming laptop kini, kebanyakannya akan menyertakan spesifikasi terbaik tetapi pada masa sama masih mengekalkan elemen komputer riba dengan saiz yang kecil dan ringan. Ini menjadikan laptop gaming adalah kategori yang mempunyai keseimbangan terbaik di antara dua perkara tersebut.

Oleh itu, di pasaran sekarang sudah terdapat pelbagai pilihan laptop gaming yang mempunyai rekaan memukau, dan membawa spesifikasi yang mengagumkan.

Bagi Lenovo Legion, dengan slogan “Stylish on the Outside, Savage on the Inside”, perkara ini juga menjadi fokus mereka, untuk memastikan produk mereka mencapai keseimbangan gaya dan fungsi, kerana kurang daripada itu, mereka akan ketinggalan di dalam kategori ini.

3. Menyertakan CPU Dan GPU Terbaik

CPU dan GPU adalah komponen terpenting di dalam sebuah komputer, terutamanya laptop kerana apa yang tersedia di dalam semasa pembelian adalah yang akan terus digunakan sepanjang hayat laptop tersebut. Oleh itu, perkara yang akan menjadi perhatian apabila membeli “adakah ia mempunyai CPU dan GPU terbaik?”.

Oleh sebab itu, pengeluar sentiasa akan memilih gabungan CPU dan GPU yang terbaik untuk memastikan yang pemain akan mendapat prestasi permainan terbaik serta yang diharapkan oleh mereka.

Dengan pemilihan CPU dan GPU yang terbaik di pasaran, ia bukan sahaja memudahkan pengguna untuk membuat pilihan malah memberi peluang pembeli untuk membuat perbandingan berdasarkan bajet sahaja berbanding menilai setiap spesifikasi yang tersedia.

Bagi Lenovo, untuk memastikan mereka menyertakan CPU dan GPU terbaik, mereka akan menilai serta mengkaji pasaran, rakan kongsi dan juga pandangan pengguna untuk menyertakan gabungan terbaik bagi setiap pilihan tidak kira kelas permulaan, kelas pertengahan dan juga kelas mercu.

Lenovo Legion kini menawarkan pilihan AMD Ryzen 7 yang hadir bersama dengan GPU terbaik seperti NVIDIA RTA Super Max-Q.

4. Aplikasi Khusus Oleh Pengeluar

Kebiasaan komputer di dalam kategori gaming, ia akan disertakan bersama dengan aplikasi terpasang yang sangat membantu pengguna mengubah pelbagai tetapan. Aplikasi khusus ini sangat membantu untuk memastikan pengguna mendapat pengalaman terbaik berdasarkan penggunaan tersendiri dan pada masa yang sama memberikan pengalaman bermain permainan video yang paling optimum.

Contohnya Lenovo Vantage di mana ia menyediakan pelbagai tetapan buat pengguna seperti fungsi lewah jam yang menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Walaupun Vantage boleh dimuat turun oleh semua pengguna, tetapi dengan integrasinya dengan produk Lenovo adalah lebih baik.

5. Terbaik Untuk Kegunaan Lain

Selain daripada semua yang kami senaraikan di atas, laptop gaming juga sangat sesuai untuk digunakan untuk tugasan lain. Laptop yang dapat bermain permainan video yang baik semestinya mempunyai spesifikasi yang mencukupi untuk melakukan tugasan penyunting kreatif seperti memanipulasi gambar ataupun menyunting video yang bersaiz besar.

Bagi Lenovo sendiri, mereka menganggap laptop yang berkuasa untuk bermain permainan video, secara amnya akan mempunyai spesifikasi yang mencukupi untuk melakukan perkara yang memerlukan penggunaan kuasa yang tinggi seperti penstriman, penghasilan video dan pelbagai lagi. Selain spesifikasi, dengan menyertakan paparan yang mempunyai kejituan-warna yang baik serta ketahanan bateri yang mencukupi, ia memberi pengguna nilai tambah walaupun untuk melakukan aktiviti selain bermain.

Selain itu, penggunaan biasa seperti komunikasi turut diambil berat oleh mereka, laptop Legion terbaru menyertakan kamera web yang berkualiti dengan lensa resolusi 720p, ini ditambah lagi dengan penutup kamera terbina, memudahkan anda yang ingin merasa lebih selamat.

Tambahan itu, setiap pembelian produk Lenovo, mereka juga akan menyertakan aplikasi Microsoft Office Home & Student 2019 secara terbina yang bernilai RM529, sekaligus memudahkan pengguna untuk terus mengguna secara terus selepas sahaja mereka membelinya.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.lenovo.com/my/en/.


Laptop gaming sudah semestinya sesuatu yang menarik untuk diperhatikan, bagi kami tidak kira aktiviti utama anda menggunakan laptop, segmen ini adalah yang paling berbaloi serta terbaik untuk dimiliki, dan ia akan terus menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Seperti mana kami telah bincangkan di atas, gaming laptop bukan lagi sekadar kategori yang dianggap sebagai “terlalu mahal” ataupun “sekadar rupa” sebaliknya, ia adalah kategori yang memenuhi kehendak pelbagai penggunaan.

Penafian: Advertorial ini dibawakan oleh Lenovo Legion

Sohor Kini