Bandai Namco hari ini akhirnya melancarkan DLC penambahan seterusnya untuk permainan One Punch Man: A Hero Nobody Knows di mana ia menyertakan dua watak baharu iaitu Garou dan Watchdog Man.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri anime One Punch Man, ia merupakan siri anime adiwira yang memfokuskan penceritaan adiwira berkelas dan berpangkat.
Melalui DLC ini, ia akan menyertakan watak adiwira Watchdog Man, iaitu adiwira berkelaskan S yang mana beliau memakai pakaian anjing. Selain itu, watak penjahat Garou yang tiba di musim kedua siri Anime ini juga merupakan sebahagian watak DLC yang dilancarkan hari ini. Melalui kedua-dua DLC ini, Bandai Namco juga akan melancarkan beberapa kandungan avatar tambahan bersama kandungan penceritaan khas secara bersama.
Kedua-dua watak ini boleh dibeli secara berasingan di mana ia dijual sekitar RM25 untuk setiap watak. Ia juga boleh didapatkan secara bersama dengan edisi Deluxe buat permainan tersebut ataupun pas musim di mana ia juga akan menyertakan watak Lightning Max dan Suiryu.
One Punch Man: A Hero Nobody Knows telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.