Seperti yang tertiris sebelum ini, ketika acara Nintendo Direct Mini hari ini, Koei Tecmo akhirnya mengumumkan secara rasmi sekuel kepada permainan Atelier Ryza: Ever Darkness & the Secret Hideout iaitu Atelier Ryza 2: Lost Legends & The Secret Fairy.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih eblum diumumkan, namun ia disahkan akan tiba di konsol PlayStation 4, Switch dan juga PC melalui Steam secara global.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri Atelier Ryza, permainan ini merupakan sekuel kepada Atelier Ryza: Ever Darkness & the Secret Hideout yang dilancarkan tahun lepas di mana ia memfokuskan watak ahli kimia Ryza dan pengembaraannya.

Menariknya, dengan sahnya sekuel kepada permainan tersebut akan kembali, ia merupakan pertama kali siri Atelier menerima watak utama dengan watak yang sama untuk dua siri permainan.

Koei Tecmo juga menyatakan melalui laman rasmi permainan tersebut yang mana mereka juga akan mengadakan acara khas berkenaan permainan ini pada minggu hadapan dengan video acah baharu yang mana kami percaya ia akan mengumumkan tarikh pelancarannya.

Bagi anda yang ingin menonton video acah Nintendo Direct Mini, anda boleh tontonnya di bawah.

Sohor Kini